Wanita Tidak Bermusafir Kecuali Ditemani Muhrimnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Tidak halal bagi seorang wanitayang beriman kepada Allah dan hari akhirbermusafir selama sehari semalam kecuali disertai mahramnya."
(Muttafaq 'alaih)
Bermusafir Dengan Teman Yang Soleh.
Rasulullah s.a.w melarang bermusafir sendirian melalui sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar yang bermaksud;
"Sekiranya manusia mengetahui bahaya (musafir) sendirian seperti yang aku ketahui, nescaya tidak ada seorang pun yang berpergian pada malam hari sendirian."
(Riwayat al - Bukhari)
Hendaklah Berteman
tidak kurang daripada 3 orang. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Seorang yang bermusafir adalah syaitan. Dua orang yang bermusafir ialah 2 syaitan. Tiga orang yang musafir ialah rombongan yang ideal (jauh dari syaitan)."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al- Tarmizi)
Malantik Seorang Ketua.
Rasulullah s.a.w memerintahkan hal ini dalam sabdanya yang bermaksud:
"Jika 3 orang keluar dalam sebuah perjalanan, hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi pemimpin."
(Riwayat Abu Daud)
p/s: untuk peringatan kita bersama....
p/s: untuk peringatan kita bersama....