Tuesday, January 30, 2024

Hijrah to Philippines


8th February marks my two years of hijrah from Malaysia. I have been living here, in Manila, Philippines since then. I am officially assign as a full time 'House Manager' πŸ˜† with income of course. Rezekilah dapat elaun as a spouse yang ikut husband kerja luar Malaysia. 

Husband dapat tahu nama naik untuk ke Philippines hujung tahun 2020. Disebabkan kilang disini baru dan masih dalam construction, sekatan perjalanan antarabangsa masih berlaku, exact date untuk mula kerja di sini masih belum confirm. Banyaklah yang dibincangkan antaranya pasal our career path, anak, financial, hutang and etc. Nak lagi waktu tu my mom dah mule tunjuk simptom pelupa and mata semakin tidak terang. I pun still dalam pemantauan post operation fibroid and rawatan IVF. 

Pilihannya antara House Manager atau Facility Manager. Berapa lama lagi nak PJJ, tempoh perjalanan dan kos Melaka to Manila, berbaloi atau tidak. Nak tukar from double income to single income, need to justify all the commitments. Still I need my backup saving for myself in case anything happen. Ni semua nak kena fikir and buat decison dengan betul.

Allah Maha Besar dan sebaik-baik perancang, Mei 2021 my husband started to work in Phillipines. November 2021, I have summited my resignation letter and my last day as an employee on 28th January 2022. I kena submit resign letter awal sebab masa tu top management nak buat pergerakan staff and I juga terlibat dengan report preparation for Professional Engineer. Org kata klau hati dah bulat nak resign, mmg xder nye nak buat report tuuu. πŸ˜†

8th January 2022 was my flight to Manila. Its is not an easy decision to go but I did what I think is the best for me. My family and friends have been very supportive

I will come back one day for sure

Here is to taking chance in life, new adventure, self growth and towards happiness and healthy life with my husband


Thursday, January 25, 2024

Kong Kong Chalet Terapung, Pasir Gudang

Here we are at one of the most unique stay in Kong Kong Chalet Terapung, Pasir Gudang Johor. I've been bugging my husband to come here since before PKP. Niatnya nak cuba belajar memancing. Nanti bolehlah teman dia pergi memancing. So masa balik kampung tempohari, ada rezeki untuk kesini untuk dua hari satu malam. 

Room price adalah termasuk return bot transfer and breakfast (not buffet style). Parking kereta tidak termasuk. Urusan check-in dibuat dekat kedai on the mainland, betul-betul depan jeti. Daripada jeti ke Chalet tidaklah jauh mana, kurang 5 minit naik bot, dah sampai chalet terapung. Kalau yang jenis takut naik bot, sesuailah sangat sebab tenang sahaja perjalanannya. Lepas sampai di Chalet, ada safety briefing termasuklah penerangan regarding the property, rules and regulations during our stay. Safety aspect ni memang di ambil beratlah by Chalet. 

Jetty on mainland

Boat transfer

Kolam renang kanak-kanak, restauran, tempat BBQ dan dewan terbuka antara fasiliti yang disediakan di sini. Restauran tu pun open untuk orang yang menginap atau datang hanya untuk makan, cuma kena tambah harga tiket bot. Bagi yang menginap, order dulu makanan dan maklumkan jam berapa nak disajikan makanannya. Aktiviti lain yang boleh dibuat selain memancing adalah trip pusing pulau dan main jet ski. Kami hanya duduk berbual sambil makan, sambil teman family memancing. 






Untuk bilik pula, ada 4 jenis bilik dan semuanya lengkap dengan aircond dan TV. Inilah sebab yang utama nak belajar mancing kat sini .Dulu, I pernah ikut husband memancing sekali dekat kolam, panasnya...... dengan angin takda. Makin banyak peluh, makin banyaklah mulut i bercakap. At last, my husband hulur kipas tangan, jajan and novel, suruh i duduk kat bawah pondokπŸ˜‚. Rasanya, aktiviti memancing tu memang tidak boleh dipupuk dalam jiwa ni. Dekat sini pun, i cari jajan, novel and duduk bawah kipas teman husband memancing. Agak-agak mengantuk, masuk bilik cari bantal. Konon nak belajar memanciing, hmm.....kelaut.

Overall trip kali ni sesuai untuk rehat-rehat, bonding dengan family, hilangkan gian buat kaki pemancing especially my husband. Sejak kerja di Philippine, batang pancing tu jadi tempat sarang labah-labah. Chalet bersih dan selesa, makanan pun not bad. Ddapat layan sunrise lagi tu.



 






Wednesday, January 10, 2024

Balik Kampung Oh Balik Kampung


Balik Malaysia semasa cuti sememangnya sangat ditunggu-tunggu bagi kebanyakan 'expatriate'. Dalam bahasa mudahnya, balik kampung....Malaysia tu kampungku, tanah tumpahnya darahku, i am proud to be Malaysian.

Kami baru sampai daripada kampung pada Ahad yang lepas, balik cuti selama 2 minggu. Kiranya Krismas dan New Year di Malaysia. Tempat kerja husband pun shutdown, so boleh cuti panjang sikit. Dalam tempoh 2 minggu tu, well spent in Melaka and Johor untuk family members and friends. Family trip, kenduri, makan-makan, mengopi, itulah aktiviti biasa. Macam balik kampung baru-baru ni, sebelah husband buat kenduri, sebelah I pun buat kenduri. Family trip biasanya pergi sekali dengan dua-dua belah, tapi kalini my family ada hal, so sebelah husband sahaja. Biar gambar berbicara yer


Dinner with my family
 
Trip with my husband's family

Dinner and Coffee Session with my friend

Meet up with my sibling

Playing tourist with my BFF and lil Z


In between tu, kami akan beli barang-barang keperluan nak bawak balik Pinoi. Biasanya barang yg dibeli dekat kampung untuk bawak balik Pinoi ni barang untuk memasak macam nasi impit, cili kering, ikan bilis, ikan kering, kerepek-kerepek. Barang tu mostly tidak dijual/susah jumpa/atau diragui kebersihan di Pinoi. Selain daripada tu, ada juga beli vitamin, ubat ubatan, and Malaysia skin care product. Yang ni pula tengak pada keserasian. My husband takde masalah, i yang bermasalah. First month sampai,  pakai sabun bukan Dettol, kulit naik bintik-bintik gatal and berair. Dekat Malaysia alahan kurang, sampai Pinoi makin menjadi-jadi. Tue yang balik M'asia satu luggage, balik Pinoi beg beranak.



Selain daripada 'meet and great' and beli barang, kami try hard untuk pastikan rumah kami in good condition. Nasib baik sekarang ni dunia teknologi di hujung jari. Penyapu,mop dah boleh jalan sendiri. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Lantai toilet pun tidak perlu disental sangat sbb jarang pakai. Cuma rumput/lalang kat tanah secoet tu yg perlu dikerjakan. 

Alhamdulillah, almost 2 tahun merantau di Philippine ikut suami, every 4 months dapat balik kampung. Hopefully rezeki balik kampung tu berterusan sampai pindah balik Malaysia. Cuma mula-mula sampai, ada terlajak sikit sampai 6 bulan baru dapat peluang balik kampung sebab isu visa and kena beraya di Phillipine. Tahun kedua- 2023 dapat balik beraya di Malaysia. Cantik sungguh percaturan Allah SWT sebabnya tahun terakhir dapat beraya dengan arwah Mama.