Monday, August 15, 2016

Pendaftaran Haji

Untuk perkongsian bersama...

First of all, kena ada akaun tabung haji. Kalau berniat untuk menunaikan haji melalui tabung haji, deposit pendaftaran sebanyak RM 1300 boleh dibuat menggunakan :-

i) duit simpanan 

ii) duit KWSP dalam akaun 2. Bawak IC dan penyata KWSP ke cawangan tabung haji.

Nanti pendaftar akan dapat tahu tahun jangkaan haji. So, pendaftar dah boleh mula kumpul duit untuk kesana. Kos menunaikan haji bagi tahun 2015 adalah RM 9880.Kerajaan tanggung subsidi sebanyak RM 5000+/-. Bagi jemaah yang ingin pergi kali kedua, tiada subsidi untuk meraka. Jemaah perlu sediakan RM 15,000+/- (maaf x ingat exact figure)

My advise, sila kumpul duit sebaik sahaja mendaftar. Jangan tunggu 2 tahun terakhir baru nak kumpul duit. Mana tau, rezeki tunai haji sampai lebih awal drpd yang dijangka. Alternatif lain, kalau giliran telah sampai, duit masih x cukup, masih boleh gunakan duit KWSP  akaun 2 untuk mencukupkan bayaran dengan syarat maksima pengeluaran bagi tujuan tersebut adalah RM3000.

My previous experienced, tahun mendaftar adalah  sekitar 2009 dan tahun jangkaan haji adalah 2016. Tapi giliran sampai tahun 2015 due to penambahkan kuota haji pada tahun sebelum tu.(if im not wrong). Surat tawaran mengerjakan haji diterima bulan Dec 2014 dan jawapan perlu dihantar semula ke Tabung Haji sebelum Februari 2015.

Mesti terkejutkan kenapa perlu bagi jawapan awal. Ini antara sebab-sebabnya:-

i) kursus haji - melibatkan 3 kursus yang berbeza
ii) pemeriksaan kesihatan
iii) pengumpulan pasport oleh pihak tabung haji
iv) pengedaran barang-barang keperluan untuk jemah haji
v) mencari pengganti bagi bakal jemaah yang tidak dapat ikut serta musin haji tahun semasa atas sebab-sebab tertentu

Hopefully maklumat kat atas tu dapat membantu .....









No comments:

Post a Comment